Selasa, 9 November 2010

.: Kenangan yang hampir Hilang .:.


Pada hari ini saya amat gembira apabila menjumpai gambar kenangan yang disangkakan selama ini hilang. Sememangnya ini lah saat yang paling indah apabila kami berada di tahu satu. Pada malam tersebut kami telah menghadiri Karnival Hari Guru yang diadakan di Fakulti Pendidikan. Semestinya malam itu dipenuhi dengan warna warni sambutan hari guru.


kami boleh dikatakan golongan yang baru mengenali kehidupan kamus melakar satu wacana kehidupan episod yang baru....(bermadah la pulak). Jakun jugak kami rupanya apabila menghadiri sambutan tersebut. Terdapat pelbagai juadah yang dihidangkan pada malam itu. Apa lagi, dengan rambang matanya kami mengambil kesemua makanan yang ada dihadapan kami....hehehe



Lepas kami makan, sempat lagi tapau buat balik ke kolej, rezki jangan ditolak kata kawan disebelah saya. Satay kajang sememangnya kesukaan saya, rasanya sedap dan yang lebih penting freee...sapa la yang tak nak makan free. Sedap tak sedap tu lain kira, yang penting perut sudah bergendang tandanya minta diisi.

Khamis, 28 Oktober 2010

BBM FLEKSIBEL saya


BBM ini dinamakan Fleksibel kerana ianya boleh digantikan dengan tajuk-tajuk yang berbeza mengikut topik yang akan diajarkan...Bagi guru yang kesuntukkan masa untuk membuat BBM yang baru, maka BBM FLEKSIBEL ini sesuai untuk digunakan. Setiap tajuk ini boleh ditanggalkan dan diletakkan untuk tajuk yang baru. Guru boleh menjimatkan kos dan masa, ini kerana guru hanya perlu menukarkan setiap tajuk yang ingin diajar. Selain boleh menukarkan tajuk yang diajar, guru juga boleh menggunakan BBM ini untuk tujuan teka-teki...mengikut kesesuaian tajuk yang diberikan...