Sabtu, 8 Disember 2012


Assalamualaikum semua...dh lama agaknya saya tinggalkan blog ni. sesungguhnya setiap kejadian pasti hikmahnya tanpa kita sendiri sedari...YA Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahu..

selallu terlintas di benak akalku mengapakah ia sering terjadi tanpa dipinta. walaubagaimanapun hati ini sering kali mengetuk fikiranku yg sering jauh melayang mengenangkan sahabatku yang kini berada nun jauh di sana. Apa khabar dirimu wahai sahabatku, apa khabar dengan imanmu, adakah kamu masih lagi menggingati diriku ini...semuanya kini di fikiran ku...

Ya Allah lindungilah dia walau di mana jua...kuatkan imanya dan berikanlah dia kekuatan untuk menghadapi semua ujianMU.,...amin.


Rabu, 18 April 2012

.:. SeBaB MaTa MuDaH LeTiH.:.

Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca-punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih dan penat.
Antaranya ialah:-
1.Terlalu fokus
Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.
2.Masalah mata
Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.
3.Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.
4.Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.
5.Jarang berkelip
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.

Isnin, 11 Julai 2011

.:. KiSaH HoLiDaYKu.:.

assalamualaikum semua...sekarang ni musim cuti semester bagi pelajar uni. kami sekarang ni cuti serentak semua universiti, em. tapi yg lucu hari ni adalah program yg sy join dgn umi...program tibi. hehehe. siap kna p erobik lg, bkn peserta pon kna join jgk ooo...pastu siap kna jawap kuiz lagi. apalagi nk tiru la sbb bukan tau sngt pasal tibi ni...kecewa gk ble tak boleh nak jenguk2 apalagi meniru. jadi...sy gune la talian hayat...kui2.

Selasa, 21 Jun 2011

Coretan al-Kisah

Assalamualaikum semua...maaf la la dah lama rasanya saya tak mencoret sebab bila saya buat blog ni pon sebab task yg dberikan oleh lecture saya Mejar Jasmy...hihi =). Buat pertama kalinya saya nak panjatkan kesyukuran kepada Allah yg telah bg peluang kpd saya utk bernafas lagi sampai hari ini. Tidak lupa juga kepada kekawan PIBA yang bnyk membantu saya. Not forget to G5 thats support me untill today..hope this friendship will long lasting untill the end of our breath. Donno why english plak yang terkeluar.

Thnks also to my brother (ammar) yg dianggap dah macam brother kandung saya dah, n also who give me a lot of advice...to ur knowledge, my brother was a rigid person but nice la jgk...(tolong promot) sape nk kenal contact saya ye..hehehe. Bukan saje-saje nak promot la..tu sebab saya nk cari calon untuk brother saya ni. Dia pon tengah tercari-cari sapalah yang ingin menjadi suri hati dia..yg penting blh jadi sayap kirinya utk berjuang di jalan Allah...tu katanya lah...INSYAALLAH sebagai adik saya doakan dia..

Ok la...setakat sini ajalah coretan saya...gembira sebab dah habis exam biarpon amek satu subjek je pon..klakar la jgk ble fikir balik...

Ahad, 19 Jun 2011

.:.CoReTaN BuaT ADAM.:.

"Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu
dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......

 copy daripada fb...hihi =)

Khamis, 16 Jun 2011

AMALAN BULAN REJAB

Riwayat daripada Ibnu As Syakir, dari Abu Umamah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda, “Lima malam yang tidak ditolak doa padanya, iaitu antaranya di awal Bulan Rejab, Malam Idul Fitri dan malam Idul Adha”

1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab. Syurga bahagiannya (Al Barakah)
2. Bahawa di Syurga ada Sungai yang bernama ‘Rejab’ yang lebih putih daripada susu lebih sejuk daripada ais, lebih manis daripada madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniainya minum dari sungai itu (hadis)
3.  Puasa pada 1 Rejab, menjadikan Kifarah dosa kecil
4.Nabi Adam pernah berinteraksi dengan Allah lalu bertanya mengenai hari-har yang disukai oleh Allah, katanya:
“Nisfu Rejab”sesiapa yang berpuasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya akan diampuni, Syurgalah bahagiannya.
5.“Barangsiapa berpuasa satu hari di Bulan Rejab, seolah-olah ia berpuasa 1000 tahun, memerdekakan 1000 hamba, sesiapa yang bersedekah 1000 dinar, akan dicatit tiap-tiap rambut dan bulu yang dibadannya 1000 kebajikan, diangkatkan darjahnya 1000 darjah, dihapuskan darinya 1000 kejahatan, 10 kali ganda ganjaran haji dan umrah serta diberikan padanya gedung di Syurga”. (dari Salman Al Farisy)

Sama-samalah kita rebut peluang ini......besar pahalanya.Masya Allah...hebat nya bulan Rejab....bulan Allah. 

.:. SPeCiaL UTk UpIN.:. hehe =)