Khamis, 16 Jun 2011

AMALAN BULAN REJAB

Riwayat daripada Ibnu As Syakir, dari Abu Umamah, Nabi Muhammad S.A.W bersabda, “Lima malam yang tidak ditolak doa padanya, iaitu antaranya di awal Bulan Rejab, Malam Idul Fitri dan malam Idul Adha”

1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab. Syurga bahagiannya (Al Barakah)
2. Bahawa di Syurga ada Sungai yang bernama ‘Rejab’ yang lebih putih daripada susu lebih sejuk daripada ais, lebih manis daripada madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniainya minum dari sungai itu (hadis)
3.  Puasa pada 1 Rejab, menjadikan Kifarah dosa kecil
4.Nabi Adam pernah berinteraksi dengan Allah lalu bertanya mengenai hari-har yang disukai oleh Allah, katanya:
“Nisfu Rejab”sesiapa yang berpuasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya akan diampuni, Syurgalah bahagiannya.
5.“Barangsiapa berpuasa satu hari di Bulan Rejab, seolah-olah ia berpuasa 1000 tahun, memerdekakan 1000 hamba, sesiapa yang bersedekah 1000 dinar, akan dicatit tiap-tiap rambut dan bulu yang dibadannya 1000 kebajikan, diangkatkan darjahnya 1000 darjah, dihapuskan darinya 1000 kejahatan, 10 kali ganda ganjaran haji dan umrah serta diberikan padanya gedung di Syurga”. (dari Salman Al Farisy)

Sama-samalah kita rebut peluang ini......besar pahalanya.Masya Allah...hebat nya bulan Rejab....bulan Allah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan