Sabtu, 18 September 2010

PERINGATAN UNTUK SEMUA

Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:
01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi

04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak

35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki 

Isnin, 6 September 2010

ISU TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN




Revolusi teknologi maklumat sejak akhir-akhir ini membuat ramai pihak berminat untuk mengintegrasikan komputer dalam bidang tugasan masing-masing. Ini termasuklah golongan guru dan pendidik daripada pelbagai bidang. Dalam bidang pengajaran bahasa, penggunaan komputer sebenarnya telah bermula sejak 30 tahun yang lalu. Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) atau lebih dikenali sebagai CALL (Computer Assisted Language Learning) telah mula dipelopori sejak dari 1960an lagi.


Memandang kepada ledakan teknologi maklumat yang semakin pesat, penggunaan komputer telah terbukti mempunyai potensi yang cukup luas dan dinamik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.


Oleh itu sila beri 5 saranan untuk guru sebagai garis panduan bagi membantu mereka mengendalikan aktiviti bahasa melalui jaringan komputer di dalam kelas pembelajaran  ( Bahasa Arab).
Sila sertakan nama dan nombor matrik anda,,,,,terima kasih



PENGGUNAAN PBBK ( Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer)dalam P&P BAHASA ARAB

Fasa yang terbaru iaitu integrative CALL dipengaruhi oleh dua kemajuan utama dalam dekad yang lepas – komputer multimedia dan Internet. Bagi komputer multi media yang lebih dikenali dengan CD-ROM, telah memboleh kita mencapai maklumat dalam berbagai bentuk media seperti teks, grafik bunyi, animasi dan video hanya melalui sebuah alat. Seperkara lagi yang menjadikan multi media sungguh berkesan penggunaan nya dalam pembelajaran bahasa ialah pertautannya dengan hypermedia yang bermaksud jalinan semua rangkaian maklumat multimedia bagi memudahkan para pelajar menjana apa jua maklumat yang diingininya yang berkaitan dengan pembelajaran bahasa tanpa bantuan dari guru. Hypermedia dapat membantu pembelajaran bahasa dengan lebih berkesan dengan mewujudkan situasi sebenar di mana pelajar dapat melihat di skrin serta mendengar sebutan, ucapan atau perbualan dalam satu masa, seolah-olah mereka berada di dalam situasi tersebut ketika proses PBBK berjalan.


Melalui Internet pula, pembelajar bahasa dapat berkomunikasi secara langsung dengan begitu selesa dengan penutur asli ataupun pembelajar bahasa yang lain tanpa mengira masa, tempat dan tanpa membayar kos yang tinggi melalui aktiviti seperti e-mel ataupun World Wide Web (WWW) yang membolehkan pelajar mencapai maklumat dan menjana bahan pembelajaran asli seperti surat khabar, majalah, artikel, ulasan buku atau filem dalam masa yang sungguh singkat.


Bagi melaksanakan PBBK melalui Internet, beberapa persoalan perlu dibangkitkan iaitu; bagaimanakah guru dapat mengawal segala maklumat yang dijana oleh pelajar; dan bagaimanakah guru dapat memberi maklumat yang berguna dan mudah difahami kepada pelajar secara optima ketika menjalankan aktiviti melalui Internet.


Fox (1998) mencadangkan tiga asas utama yang perlu diberi perhatian oleh guru bagi menjayakan aktiviti Internet iaitu:
1. Guru perlu mengintegrasikan beberapa kemahiran bahasa dalam satu pelajaran seperti aktiviti menulis surat kepada rakan pena melalui e-mel di integrasikan dengan kemahiran menggunakan komputer.
2. Guru dan pelajar perlu meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menggunakan komputer.
3. Guru perlu melibatkan diri secara aktif dalam membimbing dan memberi dorongan serta galakan kepada pembelajar bahasa bagi mengelakkan mereka merasa kecewa dan putus asa ketika menghadapi kesukaran dan masalah dalam pengunaan Internet.


Kedua-dua kemajuan yang dinyatakan di atas, iaitu komputer multi media dan Internet ini, membolehkan proses integrasi media berlaku dan ianya juga merupakan platform yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan Pembelajaran. Pembelajaran bahasa berbantukan computer melalui integrativite CALL boleh dilakukan secara menyeluruh dan merangkumi semua aspek kemahiran bahasa.
( SUMBER : GEMA Online Journal of Language Studies)