Isnin, 6 September 2010

PENGGUNAAN PBBK ( Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer)dalam P&P BAHASA ARAB

Fasa yang terbaru iaitu integrative CALL dipengaruhi oleh dua kemajuan utama dalam dekad yang lepas – komputer multimedia dan Internet. Bagi komputer multi media yang lebih dikenali dengan CD-ROM, telah memboleh kita mencapai maklumat dalam berbagai bentuk media seperti teks, grafik bunyi, animasi dan video hanya melalui sebuah alat. Seperkara lagi yang menjadikan multi media sungguh berkesan penggunaan nya dalam pembelajaran bahasa ialah pertautannya dengan hypermedia yang bermaksud jalinan semua rangkaian maklumat multimedia bagi memudahkan para pelajar menjana apa jua maklumat yang diingininya yang berkaitan dengan pembelajaran bahasa tanpa bantuan dari guru. Hypermedia dapat membantu pembelajaran bahasa dengan lebih berkesan dengan mewujudkan situasi sebenar di mana pelajar dapat melihat di skrin serta mendengar sebutan, ucapan atau perbualan dalam satu masa, seolah-olah mereka berada di dalam situasi tersebut ketika proses PBBK berjalan.


Melalui Internet pula, pembelajar bahasa dapat berkomunikasi secara langsung dengan begitu selesa dengan penutur asli ataupun pembelajar bahasa yang lain tanpa mengira masa, tempat dan tanpa membayar kos yang tinggi melalui aktiviti seperti e-mel ataupun World Wide Web (WWW) yang membolehkan pelajar mencapai maklumat dan menjana bahan pembelajaran asli seperti surat khabar, majalah, artikel, ulasan buku atau filem dalam masa yang sungguh singkat.


Bagi melaksanakan PBBK melalui Internet, beberapa persoalan perlu dibangkitkan iaitu; bagaimanakah guru dapat mengawal segala maklumat yang dijana oleh pelajar; dan bagaimanakah guru dapat memberi maklumat yang berguna dan mudah difahami kepada pelajar secara optima ketika menjalankan aktiviti melalui Internet.


Fox (1998) mencadangkan tiga asas utama yang perlu diberi perhatian oleh guru bagi menjayakan aktiviti Internet iaitu:
1. Guru perlu mengintegrasikan beberapa kemahiran bahasa dalam satu pelajaran seperti aktiviti menulis surat kepada rakan pena melalui e-mel di integrasikan dengan kemahiran menggunakan komputer.
2. Guru dan pelajar perlu meningkatkan tahap penguasaan kemahiran menggunakan komputer.
3. Guru perlu melibatkan diri secara aktif dalam membimbing dan memberi dorongan serta galakan kepada pembelajar bahasa bagi mengelakkan mereka merasa kecewa dan putus asa ketika menghadapi kesukaran dan masalah dalam pengunaan Internet.


Kedua-dua kemajuan yang dinyatakan di atas, iaitu komputer multi media dan Internet ini, membolehkan proses integrasi media berlaku dan ianya juga merupakan platform yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan Pembelajaran. Pembelajaran bahasa berbantukan computer melalui integrativite CALL boleh dilakukan secara menyeluruh dan merangkumi semua aspek kemahiran bahasa.
( SUMBER : GEMA Online Journal of Language Studies)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan