Isnin, 6 September 2010

ISU TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN




Revolusi teknologi maklumat sejak akhir-akhir ini membuat ramai pihak berminat untuk mengintegrasikan komputer dalam bidang tugasan masing-masing. Ini termasuklah golongan guru dan pendidik daripada pelbagai bidang. Dalam bidang pengajaran bahasa, penggunaan komputer sebenarnya telah bermula sejak 30 tahun yang lalu. Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) atau lebih dikenali sebagai CALL (Computer Assisted Language Learning) telah mula dipelopori sejak dari 1960an lagi.


Memandang kepada ledakan teknologi maklumat yang semakin pesat, penggunaan komputer telah terbukti mempunyai potensi yang cukup luas dan dinamik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.


Oleh itu sila beri 5 saranan untuk guru sebagai garis panduan bagi membantu mereka mengendalikan aktiviti bahasa melalui jaringan komputer di dalam kelas pembelajaran  ( Bahasa Arab).
Sila sertakan nama dan nombor matrik anda,,,,,terima kasih



1 ulasan:

  1. asslamualaikum..
    saranan saya:

    1) guru menggalakkan pelajar mencari maklumat daripada laman web
    2) menggunakan komputer, guru dapat menyediakan kaedah pengajaran yang baik seperti menggunakan power point ketika mengajar dan lain2.
    3) guru digalakkan menyediakan satu data atau folder khusus bagi matapelajaran yang diajar agar dapat dijadikan rujukan kepada pelajar.
    4) guru hendaklah menyediakan kemudahan kamus berkomputer(bahasa arab) agar memudahkan dan menjimatkam masa pelajar.
    5) guru perlu menyediakan tayangan video seperti video syarahan dalam bahasa arab agar pelajar berminat untuk belajar bahasa arab..

    Nor asiah abndullah
    a 129695

    BalasPadam